CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 26, 2008

Padang Besar, Shopping ma!!!

Padang Besar? Anybody knows about this place? Sure semua orang tahu... apa ada kat situ ya? Many things.... dari periuk belanga sampai la baju berjenama (yang celup la)...kualiti pun kira ok. Ada 2 benda yang aku rasa paling best kristal tangan dan tudung bawai.... haa... bukan bawai yang kat pasar tau...ni bawai lain... gelang kristal dia memang menarik, nampak mahal.. banyak la mak datin mai beli... aku pun terkena la tempias dia... dah banyak corak yang aku dah beli... sampai suami pun geleng kepala... aku rasa daripada pakai emas berlian.. baik pakai gelang macam ni... tak la bahaya sangat... ehmm... dua hari lepas kawan dari penang datang, so terlajak datang perlis.. bawak la dia pi ke kedai kegemaran aku tu... kat padang besar la.. nak di jadikan cerita dia pun hampir tersasau melihat kecantikan kristal tu so tertempah la satu gelang kristal.. harga ikut corak dan batu.. kalau batu tu... berkilau lebih skit.. charge dia mahal la skit...aku rasa kalau aku beli banyak dan pi jual kat mana-mana aku rasa boleh jadi kaya... kua kua!! lepas je membeli dan membelah pekan Padang Besar, perut pun terasa lapar.. so apa lagi kami pun cari makan... disebabkan depa mai kat kampung kita... so aku belanja lah masakan ala thai.... kira tak kempunan la.. harap-harap depa akan mai lagi, jangan la segan yer... Kak Kama dan Normi....dan dua driver lagi tu (tunduk makan sampai tak nampak orang) sorry la nama korang ada dlm blog ni....sepatutnya dah nak masuk bulan 5 dah, perlis memang la terkenal dengan mempelam harum manis, sepatutnya nak beli la kat depa 5 atau 6 kilo tapi malangnya stok awai2 ni semua untuk eksport. lain kali lah nooo!!. Hampir 4 jam dok kat Padang Besar, semua pakat letih....kaki pun dah 'jem' so semua pakat nak balik rumah dah...aku tumpang van jabatan yang bawak normi dan kak kama balik hotel. Hampir pukul 7 aku sampai rumah. Anak aku mula la soal apsal hari ni terlebih kerja.....sorry abang & adik.

p/s: Ayang, mama beli gelang kristal baru arini... jgn mare!

0 comments: