CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, May 29, 2008

Kem BTN Ulu Sepri

Saya sudah kembali dari BTN di Ulu Sepri. Rasanya sedih sungguh bila hari terakhir berada di situ. Sedih kerana tidak tahu bila lagi akan berjumpa rakan-rakan semua yg insyallah akan bertebaran serata dunia menuntut ilmu.Sedih juga kerana selama ini banyak benda berkaitan negara yang dipandang sepi dan tidak ambil peduli. Saya rasa masyarakat sekarang terutama generasi muda amat tipis nilai patriotismenya. Kenapa ya? Persoalan yang mesti dijawab oleh kita dan semua orang di Malaysia ini. Pada saya tidak salah kalau kita sangat bersifat patriotik. Kita terutama orang melayu hanya mempunyai satu sahaja negara iaitu Malaysia. Kalau negara kita berada di dalam tidak stabil, bagaimana kehidupan kita nanti. Adakah negara lain mahukan kita sebagai rakyatnya? Tidak kan!!! Sepanjang saya berada di Kem BTN, banyak benda yang saya pelajari. Saya rasa terharu kerana selama mengenali subjek sejarah malaysia, tidak seorang pun yang mampu memberi penerangan yang jelas berkaitan negara kita dan susur galurnya. Terima kasih kepada Tn Hj Ali dan Tn Hj Abdul Rashid. Keep up a good work!!!...

Selama satu minggu di Kem Ulu Sepri, banyak aktiviti lah yang saya sertai... antara yang paling best ‘flying fox’. Saya tidak pernah mencuba. Ini pengalaman saya yang pertama. Menarik dan pada saya boleh membina keyakinan diri. Dua hari terakhir, semua peserta dikejutkan dengan ketiadaan bekalan air dan elektrik. Berpanas jugak lah kami semasa sesi LDK. Ada yang sambil berhujah sambil mengipas2 badan. Macam2 kerenah peserta dapat dilihat. Peserta lelaki ambil peluang mandi sungai. Kami peserta wanita agak malu jugaklah nak mandi macam peserta lelaki. Jadi apa taknya, banyak antara kami yang tidak mandi pagi. Mujurlah hari terakhir tidak jadi berkembara di hutan, kalau tak hampir berselut kami!!! Sesi terakhir, semua berkumpul di dewan. Ketua fasilitator mengucapkan tahniah kepada semua kerana berjaya habiskan kursus ini. Sebelum semua berangkat pulang, saya sempat bersalaman dengan semua peserta. Ada yang menangis, ada yang gembira.....diharapkan semua akan berjaya membawa pulang master dan phd masing2. sama-samalah kita memajukan negara kita dengan ilmu yang kita miliki nanti. Amin!

P/s: utk peserta kumpulan 9(rafidah, radin, shah,qib,diana,hafizan,dr azlin,nadzri, arifah,syam&zurina) please keep n touch yaa!!!

0 comments: